Ikuti Kami:

Gagal Bayar Tunggakan RM3.1 Juta, Agensi Lama Song Jihyo Dibebaskan Dari Tuduhan?

Gagal Bayar Tunggakan RM3.1 Juta, Agensi Lama Song Jihyo Dibebaskan Dari Tuduhan?

Bekas agensi yang dituduh melakukan penipuan terhadap pelakon Song Ji-hyo, Uzurocks, telah dibebaskan daripada sebarang tuduhan.

Menurut laporan dari media Korea, pada 7 September, Balai Polis Gangnam di Seoul telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes pemilik agensi itu yang dituduh melakukan penipuan terhadap Song Ji-hyo kepada mahkamah.

Pihak polis telah menganalisis bahawa tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk mengaitkan pemilik itu, Park Joo-nam, dengan kes penipuan di mana bayaran pendapatan Song Ji-hyo kekal tertunggak hingga kini.

Sebelum ini, Song Ji Hyo telah menghantar bukti sebanyak lima kali bahawa agensi itu gagal membayarnya hampir 900 juta won (RM3.1 juta). Pelakon itu juga telah mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan laporan polis berhubung tuduhan pecah amanah.

song jihyo

Dalam pada itu, pemilik Uzurocks juga dilaporkan telah dituduh dengan kesalahan tidak mampu membayar upah pada bekas pekerja dan staf lain di agensi itu. Malahan, gaji Song Ji Hyo masih belum dibayar sepenuhnya hingga kini.

Ulas salah seorang wakil syarikat tersebut menyatakan,

Kami masih terus menjalankan usaha pelaburan. Kami merasa sangat kasihankepada Song Ji Hyo. Apabila perjanjian pelaburan diselesaikan, kami akan menjadikan isu ini sebagai keutamaan.

Walau bagaimanapun, wakil guaman pelakon wanita tersebut menafikan hal tersebut dan mengatakan bahawa siasatan masih lagi berjalan kini berkaitan dengan hal penyelewengan wang.

Hmmm.. kesian Song Ji-hyo..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...