Ikuti Kami:

Selepas Setahun, CEO Disney+ Korea Kim Soyeon Mohon Maaf Isu Putar Belit Sejarah ‘Snowdrop’

Selepas Setahun, CEO Disney+ Korea Kim Soyeon Mohon Maaf Isu Putar Belit Sejarah ‘Snowdrop’

Ketua pegawai eksekutif Disney+ Korea, Kim So-yeon mohon maaf atas kontroversi yang melanda baru-baru ini. Eh apa jadi…

Ketua pegawai eksekutif, Kim So-yeon baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf diatas respons pasif mereka terhadap satu kontorversi yang melibatkan drama “Snowdrop”.

Awal tahun ini, “Snowdrop” terlibat dalam satu kontroversi di mana ramai dalam netizen mengatakan bahawa drama tersebut tidak menghormati sejarah di Korea. Drama itu turut dilihat sebagai ‘romanticizing’ penyeksaan dan pembunuhan penunjuk perasaan.

Justeri itu, Kim So-yeon menghadiri satu perbincangan audit negeri bersama Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan yang diadakan di Perhimpunan Kebangsaan pad 5 Oktober lalu.snowdropSewaktu perbincangan audit tersebut berlangsung, wakil parti, Demokrat Kim Yun-deok bertanya,

Bagaimana tindak balas Disney+ apabila penonton mengkritik “Snowdrop”?

Lalu, Kim So-yeon menjawab,

Saya sedar sepenuhnya bahawa terdapat salah faham dan terdapat pelbagai pendapat oleh banyak pihak. Melalui drama itu, kami memahami impak Disney+ sebagai satu platform dan impaknya terhadap penonton. Kami akan melakukan semuanya dengan lebih baik dan lebih teliti. Kami mohon maaf atas kontroversi lalu.

Lalu, Kim Yun-deok berkata,

Tolong fikirkan tentang nilai dan etika Disney+. Anda seorang CEO dan anda juga seorang warga Korea. Kami ingin anda berusaha lebih dan sedaya upaya untuk menjaga nama baik Disney+ selaris dengan budaya negara kita.

snowdropMelihat kepada isu itu, rata-rata dalam kalangan netizen juga turut meninggalkan pandangan mereka,

“Kenapa dia baru memohon maaf sekarang?”

 

“Dah terlambat lah..”

 

“Dia baru meminta maaf sekarang?”

 

“Dah strim dan tayang, baru nak minta maaf?”

Sabar ya semua…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...