Ikuti Kami:

“Saya Mulanya Tak Mahu Baca…” – Jung Haein Kongsi Mengenai Siri Disney+ ‘Connect’

“Saya Mulanya Tak Mahu Baca…” – Jung Haein Kongsi Mengenai Siri Disney+ ‘Connect’

Korang tahu kan Jung Hae-in akan tampil dalam siri Disney+, “Connect”?

Baru-baru ini, Jung Hae-in tampil dalam sesi perbincangan terbuka bagi siri asal Disney+ , “Connect” yang diadakan di pentas luar BIFFXGENESIS, Dewan Pawagam, Haeundae-gu, Busan.

Dalam majlis itu, Jung Hae-in berkata,

Saya pada mulanya tidak mahu membaca siri asal webtoon itu, namun saya dah habis membacanya tanpa saya sedar. Ianya sangat menarik!

jung haeinDia berkongsi lagi,

Pada saya, senarionya dilakarkan dengan baik oleh pengarah. Jalan ceritanya menjadi lebih menarik dan berwarna-warni. Saya kagum dengan idea yang dilontarkan oleh pengarah. Senario cerita ini nyatanya sangat segar dan saya rasa sangat seronok ketika melakonkannya. Saya sudah pun menonton dari bahagian pertama hingga bahagian ketiga. Walaupun, saya sendiri yang berlakon, saya masih rasa ianya sangat menarik!

jung haeinBagi korang yang belum tahu, siri asal Disney+ iaitu “Connect” mengisahkan mengenai Dong-soo, pelumba terbaru yang diculik oleh organisasi pemerdagangan dan kehilangan sebelah matanya.

Ha, kalau korang nak tahu bagaimana jalan cerita siri “Connect” ini, korang kena tengok nanti okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...