Ikuti Kami:

“Saya Senang Bertemu Mereka” – Jung Haein Kongsi Persediaan Sekuel ‘D.P.’

“Saya Senang Bertemu Mereka” – Jung Haein Kongsi Persediaan Sekuel ‘D.P.’

Jung Hae-in baru-baru ini berkolaborasi bersama jenama terkenal Burberry untuk sesi penggambaran malah, turut tampil dalam majalah terkenal, Arena Homme Plus. Wah!

Selepas sesi penggambaran itu selesai, Jung hae-in menyambung sesi temu bual bersama mereka. Jung Hae-in turut menyebut mengenai drama terbarunya “Connect” dan juga “D.P.2.”.

Drama yang merupakan arahan Takashi Miike, “Connect” mengisahkan mengenai satu kisah misteri seorang lelaki yang beberapa bahagian daripada badannya kini menjadi tumpuan pemburu organ.

Jung Hae-in berkata,

Pengarah itu ingin mencuba banyak perkara baru. Saya sangat menantikan idea barunya kerana dia seorang yang pakar dalam menghasilkan hala tuju dalam karyanya. Saya sudah pun melihat beberapa babak daripada pasca rakaman baru-baru ini. Saya rasa ianya sangat memberikan hasil yang mengagumkan. 

jung haeinDalam sekuel “D.P.” yang akan datang, Jung Hae-in akan membuat penampilan sekali lagi dalam siri tersebut, Kim Sung-kyun sebagai Sarjan Park Beom-gu dan Son Suk-ku sebagai Leftenan Im Ji-seob.

Melihat kepada sekuel kedua itu, Jung Hae-in berkongsi mengenai bertemu semula bersama pelakon-pelakon lain.

Kami bertemu semula selepas setahun setengah namun tak terasa selama itu pun. Dia seolah-olah kami semua tidak berjumpa selama 3 ke 4 bulan sahaja. Saya senang dapat bersatu semula. Saya rasa saya hanya penat secara fizikal sepanjang penggambaran namun ianya menyeronokkan dan memuaskan. 

jung haeinJung Hae-in sememangnya seorang pelakon yang rajin berkerja. Sejak debut lakonannya, dia sudah menyertai pelbagai projek setiap tahun. Dia turut ditanya mengenai sumber kekuatannya yang membantu dirinya untuk kekal konsisten dalam kerjaya. Dia berkata,

Saya cuba untuk mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan. Saya rasa itu adalah kehidupan yang sihat.

Baguslah tak terlalu fokus hanya pada kerjaya. Kehidupan peribadi pun penting kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...