Ikuti Kami:

Selepas Sehari Tayangan, ‘Carter’ No 3 Dalam Ranking Netflix Global

Selepas Sehari Tayangan, ‘Carter’ No 3 Dalam Ranking Netflix Global

Sepertinya lama yang sudah menanti “Carter” disiarkan di Netflix kan?

Terbukti popular, filem tersebut yang diterajui Joo Woon berjaya menembusi carta Netflix Global dalam kategori filem dengan masa yang singkat.

Menurut senarai yang dikeluarkan, “Carter” menduduki tangga ke-3 kini dalam ranking tersebut mengatasi naskhah popular lain seperti “Wedding Season”, “The Sea Beast” dan lain-lain.

netflix carter

Malah filem aksi berkenaan berada di tangga pertama di beberapa negara seperti Bahamas, Republik Dominika, Hong Kong, Jamaica, Kenya, Arab Saudi, Korea Selatan, Taiwan. Thailand, Vietnam dan semestinya Malaysia.

Untuk pengetahuan, filem ini membawa kisah seorang ejen CIA berdarah Korea-Amerika bernama Carter (Joo Won) yang bangun pada suatu hari tanpa sebarang koleksi memori mengenai masa lalu dan langsung tidak mengingati siapa dirinya. Satu perkara yang boleh diharapkannya ialah suara misteri yang memberikan misi untuk mencari vaksin di mana dalam masa yang sama satu virus membunuh tersebar dari Zon Demilitarasi.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...