Ikuti Kami:

Penuh Aksi Dari Awal Hingga Akhir, Joo Won Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Carter’ Di Netflix Kini

Penuh Aksi Dari Awal Hingga Akhir, Joo Won Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Carter’ Di Netflix Kini

Joo Won berlakon naskhah aksi? Memang wajib tengok!

Terbaru, filem terbaru Netflix bertajuk “Carter” telah pun bersiaran di laman penstriman itu. Bagi menjawab pelbagai persoalan ramai, pengarah Jung Byung-gil dan pelakon utama Joo Won telah menyertai satu sidang media rasmi untuk menyapa semua.

Jom dengar cerita mereka!

Plot aksi & misteri

Filem ini membawa kisah seorang ejen CIA berdarah Korea-Amerika bernama Carter yang bangun pada suatu hari tanpa sebarang koleksi memori mengenai masa lalu dan langsung tidak mengingati siapa dirinya. Satu perkara yang boleh diharapkannya ialah suara misteri yang memberikan misi untuk mencari vaksin di mana dalam masa yang sama satu virus membunuh tersebar dari Zon Demilitarasi.

Jelas Joo Won,

Dalam filem, ada kanak-kanak yang merupakan vaksin manusia. Dia (Carter) perlu menyelamatkan kanak-kanak itu. Tak pasti sama ada dia sedang melakukan perkara yang betul, namun hanya suara itu yang boleh dipercayainya, jadi dia mengikut sahaja.

joo won carter

Kredit: Netflix

Dipenuhi aksi

Akui pengarah ini, filem “Carter” ialah ‘filem satu-babak, satu-potongan’ dan dilengkapi pertarungan fizikal, pistol dan lagak helikopter.

Kesemua babak aksi dirakam dalam satu rakaman tanpa potongan. Kalau ada kesilapan di set, kami akan merakam semula dari awal. Ia mengambil masa dan tenaga yang banyak.

Malah dia turut meminimakan penggunaan efek grafik untuk paparan istimewa ketika merakam babak mencabar, termasuklah lambakan darah ketika permulaan, serta perlawanan luncur udara dari helikopter dalam filem berdurasi 134 minit ini.

joo won carter

Kredit: Netflix

Joo Won = Carter

Apabila ditanya mengapa pengarah tersebut memilih Joo Won bagi menghidupkan watak Carter, jawabnya,

Saya merasakan dia mampu menyampaikan emosi kompleks Carter dengan baik. Dia juga mempunyai sifat kelakian, jadi dia menyempurnakan Carter dengan baik.

Bukan itu sahaja, Joo Won turut menjayakan hampir kesemua babak aksi tanpa menggunakan pelakon ganti,

Selepas menonton filem ini, anda akan nampak mengapa Joo Won merupakan bintang aksi terbaik.

joo won carter

Kredit: Netflix

Perubahan mendadak Joo Won

Tidak sambil lewa, pelakon lelaki itu berusaha semampu boleh bagi menjiwai Carter. Antara imej yang diubahnya ialah mencacah tatu, membotakkan kepala dan membesarkan badan. Malah Joo Won turut mengubah suaranya,

Secara peribadi, saya merasakan saya berubah menjadi Carter dan agak sukar untuk saya kembali kepada Joo Won selepas penggambaran tamat.

Bagi sesiapa yang meminati filem aksi dan Joo Won, pastinya tak mahu terlepas menonton “Carter” di Netflix kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...