Rasanya tak pelik kalau “It’s Okay To Not Be Okay” dinobat sebagai antara drama terbaik untuk tahun 2020 nanti kan? Bayangkan walaupun dah lama tamat tapi masih lagi meniti di bibir peminat K-Drama dan juga yang tidak menonton drama Korea segara tegar.
Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.
Walaupun rating yang dicatat oleh naskhah hebat ini tidak memberangsangkan namun ianya berjaya mencipta pelbagai rekod di pelbagai medium lain. Bahkan Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji kini menjadi rebutan ramai produser yang mahukan mereka membintangi drama milik mereka selain pihak pengiklan yang asyik menawarkan pelbagai produk untuk menjadikan mereka sebagai dutanya. Memang rezeki melimpah-ruah!
Bukan itu sahaja, sudah pun sebulan tamat siaran di Netflix, “It’s Okay To Not Be Okay” kekal selesa di tangga 10 teratas bagi rancangan TV popular di Malaysia. Malahan ia juga kekal trending di beberapa negara lain seperti Taiwan, Thailand, Hong Kong dan banyak lagi.
Jadi ada tak antara anda yang masih lagi tak boleh ‘move on’ dengan drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.