Ikuti Kami:

Rating Biasa Tapi Populariti Dahsyat, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Cipta Banyak Rekod Di Pelbagai Medium

Rating Biasa Tapi Populariti Dahsyat, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Cipta Banyak Rekod Di Pelbagai Medium

Walaupun rating yang diraih oleh drama “It’s Okay To Not Be Okay” yang hanya berada dalam lingkungan 5% membuatkan ianya kelihatan biasa sahaja namun naskhah ini sudah mencipta pelbagai rekod hebat yang lain.

Menurut indeks pengiraan impak sesuatu program TV (CPI) yang dibangunkan oleh CJ E&M dan Nielsen Korea, “It’s Okay To Not Be Okay” berjaya menduduki tempat pertama hasil data yang diambil daripada 13 – 19 Julai. Kalau anda nak tahu, drama lakonan Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji ini kekal No 1 selama 4 minggu berturut-turut sejak awal tayangannya lagi.

Tak cukup dengan itu, Good Data Corporation mengumumkan bahawa “It’s Okay To Not Be Okay” telah duduk selesa di tangga pertama bagi kategori drama selama 6 minggu lamanya. Bahkan pelakon Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se berada di tempat pertama, kedua dan ketiga bagi ranking kategori pelakon. Hal ini membawa maksud bahawa kedua-dua kandungan drama dan juga populariti pelakon berjaya dibolot oleh drama psikologi ini.

populariti it's okay to not be okay

Bukan beshe-beshe tahu drama ini, kerana kesemua sedutan video berkaitan dengannya juga menerima respons hangat daripada penonton. Berdasarkan Smart Media Rep (SMR), klip “It’s Okay To Not Be Okay” daripada 20 – 26 Julai telah mencecah 69 juta tontonan. Dengan lebih 7.22 juta tontonan secara mingguan di YouTube sahaja, menjadikan naskhah ini sebagai kandungan di tempat pertama bagi kesemua saluran dan juga media sosial.

Bagi episod 1 sehingga 12, drama ini berjaya merebut tangga pertama bagi target penonton tvN iaitu daripada umur 20 sehingga 49 tahun. Bermakna drama ini mencapai jangkaan golongan muda dan plotnya sesuai dengan pilihan mereka.

Populariti “It’s Okay To Not Be Okay” bukan sahaja dapat dirasakan dalam arena domestik malahan ia juga menerima galakan yang memberangsangkan daripada pelanggan laman penstriman Netflix. Bukan itu sahaja, drama ini juga telah menerima rating 9.2 daripada 10 markah di laman IMDB.

populariti it's okay to not be okay

Dengan pencapaian yang hebat ini, pihak produksi “It’s Okay To Not Be Okay” mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana melimpahkan drama ini dengan kasih sayang dan perhatian. Hanya tinggal 4 episod sahaja lagi, mereka menjanjikan kisah yang lebih mengujakan dan meminta semua terus menonton sehingga ke penghujungnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...