Ikuti Kami:

Selepas Kontroversi, Nam Joohyuk Buat Penampilan Umum Pertama Untuk Filem ‘Remember’

Selepas Kontroversi, Nam Joohyuk Buat Penampilan Umum Pertama Untuk Filem ‘Remember’

Kepada peminat yang merindui Nam Joo-hyuk, pelakon itu akan kembali dalam sebuah filem baru!

Pada 26 September, sidang media untuk filem “Remember” telah diadakan secara langsung dalam talian. Dua pelakon utama lelaki bersama dengan pengarah telah turut serta untuk menjawab soalan akhbar.

Khususnya, kemunculan Nam Joo-hyuk sebagai salah seorang pelakon utama telah menarik perhatian, memandangkan ini adalah penampilan umum pertamanya selepas terpalit kontroversi.

Untuk pengetahuan, filem “Remember” akan mengikuti seorang lelaki dalam lingkungan 80-an, yang telah hilang segala-galanya kerana seseorang ketika pendudukan Jepun di zaman Korea. Orang tua itu memutuskan untuk membalas dendam kepada orang yang menyebabkan kesakitannya. Kemudian, seorang lelaki yang lebih muda membantu lelaki tua itu dalam rancangannya.

nam joohyuk remember

Dalam filem ini, Nam Joo-hyuk akan menghidupkan watak In-kyu, seorang lelaki muda yang akan membantu Pil-ju (Lee Sung-min) untuk membalas dendam. Ketika sesi sidang akhabr, Nam Joo-hyuk berkongsi sebab dia memilih untuk membintangi filem ini dengan mengatakan,

Apabila saya mula-mula menerima skrip itu, ia sangat menyeronokkan, dan saya tertarik dengannya kerana ia mengandungi cerita yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

Bukan itu saja, Nam Joo-hyuk turut mendedahkan bahawa dia telah bekerja keras untuk memainkan watak lelaki ‘biasa’ dalam filem ini, sambil berkata,

Saya seorang lelaki muda yang sangat biasa dalam lingkungan 20-an. Berlakon sebagai seorang lelaki biasa tidak mudah dan saya sangat bekerja keras.

Sekadar info, terdahulu, Nam Joo-hyuk telah terlibat dengan kes membuli di sekolah selama 6 tahun, di kedua-dua sekolah menengah dan rendahnya. Selepas agensinya menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadap pelakon itu, masih ada individu lain membuat tuduhan sama. Namun, masih belum ada apa-apa penyelesaian undang-undang sah berkaitan isu ini.

filem remember

Dalam pada itu, filem “Remember” akan menemui penonton pada 26 Oktober ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...