Ikuti Kami:

Isu Buli Belum Selesai, Nam Joohyuk Dilihat Jalani Penggambaran Siri ‘Vigilante’

Isu Buli Belum Selesai, Nam Joohyuk Dilihat Jalani Penggambaran Siri ‘Vigilante’

Meskipun terlibat dengan isu buli namun, Nam Joo-hyuk nampaknya masih kekal aktif dengan projek lakonannya.

Baru-baru ini, Nam Joo-hyuk dilihat menjalani penggambaran untuk dramanya akan datang “Vigilante”. Pelakon itu memakai pakaian seragam polis, memandangkan wataknya ialah sebagai seorang pelajar kolej latihan, yang ingin menyertai pasukan polis dalam drama itu.

Sejurus selepas gambar Nam Joo-hyuk di set lokasi tular, ramai netizen terkejut melihat pelakon itu menjalani penggambaran drama baharu meskipun pertikaian undang-undang masih belum selesai berhubung kontroversi buli sekolahnya.

nam joohyuk vigilante

Bagi yang belum tahu, pada Jun lepas, Nam Joo-hyuk telah terlibat dengan kes membuli di sekolah selama 6 tahun, di kedua-dua sekolah menengah dan rendahnya. Selepas agensinya menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadap pelakon itu, masih ada individu lain membuat tuduhan sama. Kini, masih belum ada apa-apa penyelesaian undang-undang sah berkaitan isu ini.

Dalam pada itu, “Vigilante” membawa kisah Kim Ji-yong iaitu seorang pemburu penjenayah yang kehilangan ibunya kerana perbuatan penjahat kejiranan semasa dia kecil. Apabila dia menyertai institusi kepolisan untuk menjejaki pembunuh tersebut, dia turut menghukum penjenayah pada saban minggu selain menunding jari terhadap norma masyarakat di mana penguatkuasaan undang-undang sangat baik buat pesalah.

nam joohyuk

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...