Ikuti Kami:

Selepas Kim Seonho, Lee Junki Pula Dilaporkan Bakal Bintangi Drama Romantik Fantasi ‘Link’

Selepas Kim Seonho, Lee Junki Pula Dilaporkan Bakal Bintangi Drama Romantik Fantasi ‘Link’

Selepas Kim Seon-ho dilamar berlakon drama fantasi romantik “Link”, khabarnya kini watak utama itu ditawarkan kepada Lee Jun-ki.

“Link” ataupun “Link: Eat And Love, Like Your Live Depends On It” merupakan drama misteri kemanusiaan dan fantasi yang beremosi mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba boleh merasai emosi seorang wanita, tak kisahlah sama ada gembira, sedih ataupun sakit.

Jikalau menerima tawaran ini, Lee Jun-ki akan membawa watak Eun Gye-hoon iaitu seorang lelaki yang membuka sebuah restoran di kejiranan terbiar, yang juga merupakan tempat adik perempuannya hilang 20 tahun lalu. Dia merupakan seorang cef di sebuah restoran terkenal yang diiktiraf Michellin dan berjaya menangkap perhatian pelanggan dek wajahnya yang kacak dan persembahan masakannya.

lee junki

Namun tanpa diduga, dia mula gelak dan menangis secara tiba-tiba dan Gye-hoon ternyata malu kerana dia mula mengalami perasaan sebegini selepas 20 tahun adiknya menghilangkan diri. Segalanya menjadi lebih pelik apabila dia mengenali No Da-hyun, wanita yang bertanggungjawab terhadap perubahan emosinya.

Watak heroin pula ditawarkan kepada Moon Ga-young dan ianya masih diteliti oleh pelakon wanita itu.

Tak kisahlah mana-mana sebab kedua-duanya adalah pelakon lelaki yang hebat, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...