Ikuti Kami:

Lepas ‘Welcome To Waikiki 2’, Moon Gayoung Dilamar Terajui Drama Fantasi Romantik ‘Link’ Dengan Kim Seonho

Lepas ‘Welcome To Waikiki 2’, Moon Gayoung Dilamar Terajui Drama Fantasi Romantik ‘Link’ Dengan Kim Seonho

Selepas Kim Seon-ho dikhabarkan bakal membintangi drama fantasi romantik “Link”, pelakon Moon Ga-young turut dikatakan akan bergandingan dengan lelaki itu.

“Link” merupakan drama misteri kemanusiaan dan fantasi yang beremosi mengenai seorang cef yang tiba-tiba boleh merasai emosi seorang wanita, tak kisahlah sama ada gembira, sedih ataupun sakit.

Agensi pelakon wanita itu turut mengesahkan berita tersebut,

Moon Ga-young kini sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam drama ‘Link’.

moon gayoung

Moon Ga-young dilamar untuk membawa watak Noh Da-hyun, seorang wanita yang bernasib malang dalam setiap aspek kehidupan. Selepas bertemu Eun Gye-hoon, lelaki yang tinggal berhampiran dengannya, dia mendapat tahu bahawa cef itu dapat merasai segala emosinya tanpa pengetahuannya, Bahkan nasib mereka juga sebenarnya berkait dan langsung tidak disedari oleh keduanya.

Kalau anda nak tahu, kedua mereka pernah bergandingan dalam “Welcome To Waikiki 2” malah Kim Seon-ho turut pernah membuat kemunculan istimewa dalam drama lakonan Moon Ga-young iaitu “Find Me In Your Memory”.

Seronok betul kan gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...