Ikuti Kami:

Selepas Keluar YG, Peminat Teka Jennie BP Akan Sertai HYBE Atas Sebab Ini

Selepas Keluar YG, Peminat Teka Jennie BP Akan Sertai HYBE Atas Sebab Ini

Status kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin tersebar menyatakan bahawa Jennie akan menandatangi kontrak dengan HYBE Labels, menyertai BTS, TXT, NewJeans dan ramai lagi.

Khususnya, spekulasi ini mula timbul kerana satu video Jennie di YouTube telah dipadam kerana isu pelanggaran hak cipta milik HYBE.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut terus disangkal apabila netizen menjelaskan bahawa video tersebut dikatakan adalah milik HYBE kerana kandungan video yang diambil adalah dari siaran langsung ahli BLACKPINK itu di laman Weverse, platform yang dimiliki oleh HYBE Corporation.

jennie

Komen netizen,

Ini kerana Weverse ada hak.

 

Sebelum ini, video siaran langsung Lisa di Weverse juga telah dipadam di YouTube.

 

Ini mengejutkan saya walaupun ia hanya salah faham.

Sementara itu, YG Entertainment masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai kontrak BLACKPINK bersama agensi tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...