Setiap hari pasti ada sahaja khabar angin berkaitan status kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.
Terbaru menurut laporan pada 25 September, Jennie dan Ji-soo telah menubuhkan agensi individu mereka sendiri, untuk menjalankan pelbagai aktiviti solo.
Tidak lama kemudian, YG Entertainment memberi respon,
Tiada apa-apa yang disahkan mengenai pembaharuan kontrak dan aktiviti masa depan untuk BLACKPINK.
Sebelum ini, YG juga turut memberi respon yang sama berkaitan laporan bahawa Jennie, Ji-soo dan Lisa keluar dan hanya Rosé akan kekal bersama agensi tersebut.
Sama-sama kita tunggu keputusannya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.