Ada berita terkini mengenai status kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.
Terbaru menurut laporan eksklusif pada 21 September, YG Entertainment dah ahli BLACKPINK telah berada di peringkat akhir untuk rundingan kontrak ‘berpisah tetapi masih bersama’.
Pertama, laporan itu mendakwa bahawa Rosé adalah satu-satunya ahli yang telah memilih untuk memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment. Manakala 3 ahli yang lain iaitu Ji-soo, Jennie dan Lisa telah menolak tawaran pembaharuan kontrak tetapi menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan aktiviti BLACKPINK bersama.
Khususnya, kontrak pelarasan oleh YG Entertainment menyatakan bahawa ahli yang diwakili oleh agensi luar, akan mempromosikan aktiviti kumpulan selama 6 bulan setahun.
Tambahan, Ji-soo dipercayai akan mengembangkan kerjaya lakonannya pada masa hadapan dan Lisa telah menerima tawaran kontrak eksklusif bernilai berpuluh bilion KRW. Bagaimanapun, masih belum ada laporan mengenai rancangan Jennie selepas keluar dari YG Entertainment.
Selepas pelbagai khabar angin tersebar, YG Entertainment memberi respon,
Tiada apa-apa yang disahkan lagi dan kami sedang membincangkannya.
Lamanya bincang..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.