Ada Peluang Buka Studio Sendiri & Tawaran Lumayan, Lisa BP Dilapor Bakal Sertai Agensi Di Amerika
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Nampaknya, ada pelbagai khabar angin mengenai kontrak Lisa BLACKPINK dengan agensi baru.
Artikel Berkaitan
Terbaru, media asing telah melaporkan bahawa Lisa mungkin akan menandatangani kontrak dengan sebuah agensi Amerika dan tidak akan memperbaharui kontraknya dengan YG Entertainment.
Menurut laporan, agensi rakaman itu telah menawarkan jaminan kontrak berjumlah lebih $37.7 juta USD (RM176,869,550) dengan pelbagai peluang promosi dan perniagaan seperti muzik, video, fesyen, persembahan dan keluaran enam album.
Selain itu, Lisa juga akan menjadi pemilik hak cipta untuk lagu-lagu barunya yang akan dikeluarkan nanti dan juga telah ditawarkan hak untuk menubuhkan studionya sendiri, dengan keupayaan untuk menandatangani artis.

Bagaimanapun sebelum ini, YG Entertainment menjelaskan bahawa segala khabar angin tidak dapat disahkan lagi kerana mereka masih dalam proses perbincangan bersama BLACKPINK berhubung pembaharuan kontrak.
Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




