Ikuti Kami:

Selepas Keluar Dari Agensi Lama, Ji Changwook Bakal Buka Syarikat Sendiri?

Selepas Keluar Dari Agensi Lama, Ji Changwook Bakal Buka Syarikat Sendiri?

Selepas keluar dari agensi Glorious Entertainment pada awal bulan ini, Ji Chang-wook dijangka akan membuka syarikatnya sendiri?

Terbaru menurut laporan eksklusif, Ji Chang-wook dilapor sedang dalam persiapan untuk membuka agensinya sendiri.

Selain itu, pelakon “The K2” tersebut dipercayai akan menubuhkan agensinya bersama pengurus yang telah bekerja dengannya selama lebih 10 tahun.

Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa pengesahan mengenai laporan berkenaan setakat ini.

ji changwook

Dalam pada itu, Ji Chang-wook dilamar sertai Shin Hye-sun dalam drama baru “Welcome To Samdalri” dan masih dalam perbincangan kini.

Semoga dipermudahkan urusan Ji Chang-wook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...