Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Ji Chang-wook bersama Jeon Do-yeon dalam sebuah filem.

Terbaru, Ji Chang-wook dilaporkan akan membintangi filem “Revolver” sebagai watak utama. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Ji Chang-wook telah menerima tawaran untuk membintangi ‘Revolver’ dan sedang menelitinya kini.
Sebelum ini, Jeon Do-yeon juga telah disahkan akan terajui filem yang sama.
Untuk pengetahuan, “Revolver” menceritakan kisah seorang bekas pegawai polis yang berusaha untuk mencapai matlamatnya. Ia kini dalam peringkat pra-pengeluaran dan akan memulakan penggambaran pada akhir tahun ini.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉