Selepas keluar BIGBANG, pasti ramai yang tertunggu-tunggu muzik baru dari T.O.P kan?

Terbaru pada 29 Mei, T.O.P telah menyiarkan video pendek di Instagram Story, menunjukkan penyanyi itu yang sedang fokus membuat rentak muzik.
Dalam hantaran yang lain, lelaki itu telah menambah keterujaan peminat dengan menulis,
Masih membuat album saya.
Dengan ini, peminat meneka bahawa T.O.P akan mengeluarkan lagu barunya tidak lama lagi, setelah sekian lama tidak aktif sebagai penyanyi solo.
Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉