Ikuti Kami:

Bukti Pengaruh Global, T.O.P BIGBANG Hadiri Acara Fesyen ‘Versace’ Bersama Anne Hathaway

Bukti Pengaruh Global, T.O.P BIGBANG Hadiri Acara Fesyen ‘Versace’ Bersama Anne Hathaway

Meskipun kurang aktif sebagai penyanyi kini namun, T.O.P BIGBANG tetap mempunyai pengaruh global yang kuat dalam industri.

Baru-baru ini, T.O.P telah dijemput ke pertunjukan fesyen buat jenama mewah Versace, yang diadakan di Los Angeles.

Pada hari tersebut, ahli BIGBANG itu tampil dengan kot hitam panjang dan rambut bewarna ungu kelabu, mencuri perhatian ramai dengan visualnya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TOP 🌖 (@choi_seung_hyun_tttop)

Selain itu, bintang popular lain seperti Anne Hathaway, Channing Tatum, Lil Nas X, Dua Lipa dan ramai lagi turut dilihat menghadiri acara yang sama.

Bukan itu sahaja, T.O.P juga dilaporkan menghadiri pesta koktel VIP yang diadakan selepas pertunjukan fesyen, membuktikan dirinya yang kekal setanding dengan bintang terkemuka lain.

Makin berusia, makin kacak pula T.O.P ni kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...