Peminat pasti mengetahui bahawa T.O.P BIGBANG akan menjadi orang Korea pertama sertai projek ekspedisi Elon Musk ke bulan.

Terbaru, T.O.P telah berkongsi beberapa foto profil baru yang digunakan untuk penyertaannya dalam projek ‘Dear Moon’, di mana selebriti itu akan menuju ke angkasa lepas bersama 10 anak kapal lain, pada 2023 nanti.
Untuk pengetahuan, ‘Dear Moon’ ialah projek pelancongan ke bulan daripada syarikat Elon Musk iaitu SpaceX.
View this post on Instagram
Menerusi foto profil yang dikeluarkan, T.O.P mempamerkan visualnya yang kacak dan nampak bersedia untuk ekspedisi angkasa lepasnya akan datang.
Dalam pada itu, selain daripada T.O.P, antara krew lain yang terlibat adalah DJ dan penerbit Steve Aoki, jurugambar Rhiannon Adam, jurugambar dan pembikin filem Karim Iliya, koreografer Yemi A.D, pemuzik Tim Dodd dan juga pelakon Dev Joshi.
Kacak betul T.O.P ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.