Selepas mendengar berita kemalangan kereta yang ditimpa Lee Kwangsoo, ramai peminat ‘Running Man’ yang meluahkan rasa sedih dengan nasibnya yang tidak diduga itu. Meskipun dikatakan kecelakaan kecil tetapi pelakon lelaki itu terpaksa melalui pembedahan kerana pergelangan kakinya yang patah. Disebabkan oleh itu, ‘Putera Asia’ itu tidak mampu untuk menyertai rancangan hiburan tersebut untuk satu tempoh masa yang belum dipastikan lagi.
Baru sahaja dua episod ‘Running Man’ tanpa kehadiran Lee Kwangsoo, semua nyata terkejut apabila sedutan episod miggu hadapan menampilkan lelaki itu kembali! Bukan sahaja peminat yang seperti tidak percaya malahan ahli rancangan itu juga kelihatan terperanjat dengan kemunculannya secara tiba-tiba.
Bermula dengan muzik latar belakang “Rindu Awak, Wahai Kawan”, Lee Kwangsoo membuat kemunculan sambil bertongkat. Nampak gembira sungguh apabila dia dapat kembali ke set penggambaran selepas berehat untuk seketika waktu.
Adakah sini dikatakan syurga?
Saya akan pergi sehingga ke neraka!
Barulah seperti berada dalam ‘Running Man’.
Kesemua penonton ‘Running Man’ dah tak sabar nak tonton kepulangan Lee Kwangsoo kerana telatahnya yang kelakar nyata membuatkan rancangan itu menjadi lebih menghiburkan.
Tonton sedutan penuh episod minggu depan di sini: