Ikuti Kami:

Pergelangan Kaki Retak Kerana Kemalangan, Lee Kwangsoo Berehat Seketika Daripada ‘Running Man’

Pergelangan Kaki Retak Kerana Kemalangan, Lee Kwangsoo Berehat Seketika Daripada ‘Running Man’

Kesiannya Lee Kwangsoo! rupanya dalam senyap dia dikhabarkan telah bertemu dengan kecelakaan kecil pada 15 Februari lepas.

Insiden kemalangan itu langsung tidak diketahui oleh umum sehinggalah lelaki itu dilaporkan bakal melalui satu pembedahan pergelangan kaki pada petang ini (18 Februari).

Disebabkan itu pelakon tinggi lampai itu tidak menyertai penggambaran “Running Man” yang dijadualkan berlangsung pada hari ini. Salah satu sumber juga menjelaskan bahawa Lee Kwangsoo mungkin terpaksa berehat daripada rancangan itu untuk sementara waktu.

Disebabkan oleh kecederaannya, Lee Kwangsoo tidak dapat menyertai ‘Running Man’ buat seketika. Disebabkan pembedahan dan pemulihannya adalah penting, nampaknya kepulangannya ke rancangan itu akan ditentukan selepas melihatkan keadaannya.

lee kwangsoo berehat daripada running man

Agensi naungan Lee Kwangsoo iaitu King Kong by Starship turut mengesahkan hal tersebut.

Memang benar dia terlibat dengan kemalangan kecil pada minggu lepas. Nasib baik kecederannya adalah tidak serius. Dia akan memberi fokus kepada pemulihan pergelangan kaki buat masa ini.

Walaupun tak dapat lihat telatah huru-hara Kwangsoo buat sementara waktu dalam “Running Man” tetapi harapnya lelaki itu bakal sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...