Ikuti Kami:

“Selepas Diugut..” – Batal Konsert Di Malaysia Dek Sokong Israel, Eric Nam Beri Penjelasan

“Selepas Diugut..” – Batal Konsert Di Malaysia Dek Sokong Israel, Eric Nam Beri Penjelasan

Terdahulu, Eric Nam telah menerima kritikan dari orang ramai termasuklah netizen Malaysia selepad dilihat memberikan sokongan pada Israel dalam konflik negara pendatang itu bersama Palestin.

Disebabkan oleh itu, lelaki berkenaan dibanjiri dengan kecaman kerana berpihak pada zionis yang cuba merebut tanah rakyat Palestin. Mungkin tak tahan dengan serangan ramai, Eric Nam dilihat secara senyap-senyap membuang Kuala Lumpur dari poster sebagai destinasi untuk konsert akan datangnya.

Terus diselar, Eric Nam akhirnya memuat naik penjelasan rasmi di akaun Twitter miliknya pada pagi ini,

Hai semua, setelah peristiwa tragis pada 7 Oktober, saya “like” sebuah pos yang saya percayai menyatakan sikap menentang keganasan, kebencian, dan tiada toleransi.

Keputusan saya untuk “like” pos tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap berita yang menghancurkan yang saya terima ketika bangun pagi. Sepanjang hidup saya, saya selalu menyokong prinsip pro-manusia, pro-keamanan, dan mempromosikan kasih dan kesamarataan untuk semua.

Tambahnya,

Selepas tindakan itu, saya menerima ancaman yang berkaitan dengan persembahan saya yang dijadualkan di Kuala Lumpur. Kerana berhati-hati untuk keselamatan pasukan saya dan peminat, saya terpaksa membuat keputusan sukar untuk membatalkan persembahan itu.

Hatiku terluka untuk keluarga Palestin dan Israel yang telah dirobek oleh keganasan dan menghadapi kehilangan yang sukar diterima. Kata-kata tidak dapat sepenuhnya mengungkapkan kedalaman kesakitan dan penderitaan yang ada. Namun, saya berdoa setiap hari agar kedamaian dan keselamatan tiba untuk semua sesegera mungkin.

Walaupun sudah menjelaskan sisinya, tetapi ramai yang masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan itu memandangkan dia memilih untuk bersikap ‘natural’ meskipun ribuan nyawa terkorban di Palestin.

Hmmm… baik tak payah bagi kenyataan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...