Sehingga kini, masih lagi ramai yang menerima informasi mengenai konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel.
Disebabkan oleh kempen kesedaran yang berlaku secara meluas di serata media sosial, sudah pasti ramai yang mengharapkan agar Palestin bebas dari kekejaman Israel.
Oleh itu, ada yang menyelar apabila sesetengah figura awam menyokong secara terbuka negara pendatang. Antara yang mendapat kecaman ramai ialah Eric Nam, tambahan dari rakyat Malaysia sendiri apabila penyanyi itu dilihat meninggalkan tanda suka pada entri menyokong Israel di Instagram.
Mungkin terkesan dengan kritikan, Eric Nam baru-baru ini mengumumkan tarikh baru konsertnya dan ramai perasan dia membuang lokasi di Malaysia.
Jangan main-main tau..