Ikuti Kami:

Selepas Dior, Jimin BTS Dilantik Jadi Duta Jenama Aksesori Mewah ‘Tiffany & Co.’

Selepas Dior, Jimin BTS Dilantik Jadi Duta Jenama Aksesori Mewah ‘Tiffany & Co.’

Selain Rosé BLACKPINK, kini Ji-min BTS turut dilantik menjadi duta buat jenama aksesori mewah Tiffany & Co.

Terkini, BigHit Music melaporkan bahawa Ji-min telah dilantik menjadi duta jenama Tiffany & Co. Kolaborasi antara penyanyi itu dan jenama mewah tersebut akan bermula dengan kempen iklan pertamanya yang akan dikeluarkan lewat tahun ini.

Kemudian, pihak Tiffany & Co. juga ada berkata,

Ji-min akan mempamerkan pendekatan uniknya terhadap penggayaan barang kemas kerana dia memakai rekaan ikonik Tiffany & Co. dalam kempen yang akan datang.

Dalam pada itu, jenama mewah itu turut memaparkan imej di mana Ji-min sedang bergambar memakai timbunan reka bentuk gelang emas yang dikenali sebagai Lock bracelet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiffany & Co. (@tiffanyandco)

Selain itu, ahli BTS tersebut juga memberi kenyataan,

Ianya adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan jenama Tiffany & Co. Mereka juga menerapkan nilai-nilai istimewa yang mempunyai minat terhadap reka bentuk, inovasi dan kesenian.

Tambahan pula, menurut Alexandre Arnault iaitu naib presiden eksekutif Tiffany & Co.,

Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan artis dan penyanyi Ji-min BTS sebagai duta terbaharu kami. Dia mempunyai tenaga, gaya dan citarasa kemodenan yang melambangkan Tiffany & Co. Kami turut berbangga dan berasa amat teruja untuk mengeluarkan kempen ini dengan melakukan pelancaran pada musim bunga tahun ini.

Sekadar info, selain dilantik menjadi duta untuk jenama Tiffany & Co., Ji-min turut merupakan duta buat jenama mewah Dior baru-baru ini.

Wow, nampaknya Ji-min menjadi rebutan untuk jenama mewah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...