Ikuti Kami:

Jimin BTS Umum Akan Lancar Album Solo Pertama ‘FACE’ Pada Mac Nanti

Jimin BTS Umum Akan Lancar Album Solo Pertama ‘FACE’ Pada Mac Nanti

Selepas berkolaborasi dengan Taeyang, kini Ji-min BTS akan keluarkan album solo lah!

Terbaru, BigHit Music telah mengumumkan bahawa Ji-min akan melancarkan album solonya yang pertama pada 24 Mac nanti.

Sebelum ini, penyanyi itu telah membuat peminat teruja dengan mendedahkan bahawa album solonya yang pertama mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi ketika melakukan siaran langsung di Weverse.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan BigHit Music,

Helo,

Ini adalah BIGHIT MUSIC.

Ahli BTS Ji-min akan mengeluarkan album solo pertamanya ‘FACE’.

‘FACE’ adalah mengenai Ji-min yang berhadapan dengan dirinya sendiri sambil bersiap sedia untuk langkah seterusnya sebagai artis solo.

Ji-min akan melakukan pelbagai aktiviti termasuk keluaran ‘FACE’, jadi kami meminta peminat untuk beri sokongan yang berterusan buat aktiviti solo pertama Ji-min secara rasminya.

Tarikh pra-pesanan: Dari 11 pagi, Rabu, 22 Februari 2023 (KST)
Tarikh keluaran: Dari 1 pagi, Jumaat, 24 Mac 2023 (KST)

Terima kasih.

Selain itu, BigHit Music turut melancarkan video pra tonton pertama album “FACE”, menambah keterujaan peminat.

Macam mana ARMY, korang mesti tak sabarkan tunggu album solo pertama Ji-min bulan Mac nanti?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...