Ikuti Kami:

David Beckham Muat Naik Foto Bersama Jimin BTS Di Pertunjukan Fesyen Dior

David Beckham Muat Naik Foto Bersama Jimin BTS Di Pertunjukan Fesyen Dior

Baru-baru ini, Ji-min BTS telah menghadiri pertunjukan fesyen Dior yang berlangsung di Paris.

Untuk pengetahuan, ini adalah penampilan pertama Ji-min sebagai duta global di acara pertunjukan fesyen jenama tersebut.

Pada hari yang sama, peminat ‘kecoh’ selepas pemain bola sepak popular David Beckham yang turut menghadiri acara yang sama, memuat naik gambarnya bersama Ji-min dan anak lelakinya Cruz Beckham, menerusi Instagram Story.

Tidak lama kemudian, foto itu terus tersebar di platform media sosial dan netizen meluahkan rasa kagum mereka.

Antara komen yang ditulis:

Dua bintang teratas berada dalam satu foto adalah ‘legend’.

 

Ini sangat menakjubkan untuk dilihat.

 

Ji-min kelihatan kacak dalam gambar ini.

Fuhh!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...