Ikuti Kami:

Impak Pilih Jimin BTS Jadi Duta Global, ‘Dior’ Capai Saham Tertinggi Sepanjang Masa

Impak Pilih Jimin BTS Jadi Duta Global, ‘Dior’ Capai Saham Tertinggi Sepanjang Masa

Dior nampaknya telah membuat keputusan tepat dalam memilih Ji-min BTS sebagai duta global jenama mereka.

Bagi yang belum tahu, pada 16 Januari lalu, jenama fesyen mewah Dior telah mengumumkan Ji-min sebagai duta global baru mereka.

Dengan ini, ahli BTS itu adalah lelaki Asia pertama yang mempunyai jawatan berkenaan untuk jenama tersebut.

Terbaru menurut data daripada investing.com, Dior telah mencapai saham tertinggi mereka sepanjang masa, selepas pengumuman itu dibuat.

https://twitter.com/JiminGlobal/status/1615910584058531840?s=20&t=34kDkMA6zIwLYqRm6t8dNg

Merupakan antara jenama mewah paling popular, Dior telah berada di pasaran saham sejak 1992. Namun selepas pengumuman Ji-min sebagai duta pada 16 Januari, harga saham dilihat meningkat kepada €775.50 EUR.

Dua hari selepas itu, ia terus melonjak naik kepada €789.00 EUR, mencecah paras tertinggi sepanjang masa dalam 31 tahun.

Fuh impak Ji-min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...