Ikuti Kami:

Selepas ‘Crash Course In Romance’, Jeon Doyeon Jadi Pembunuh Dalam Filem ‘Kill Boksoon’

Selepas ‘Crash Course In Romance’, Jeon Doyeon Jadi Pembunuh Dalam Filem ‘Kill Boksoon’

Selepas “Crash Course in Romance”, Jeon Do-yeon akan menemui penonton dalam sebuah filem berjudul “Kill Boksoon”.

Untuk pengetahuan, “Kill Boksoon” mengikuti kisah Bok-soon, seorang pembunuh legenda dalam industri pembunuhan kontrak, yang terlibat dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan sejurus sebelum memperbaharui kontraknya dengan syarikat itu.

Lain dengan dramanya “Crash Course in Romance” yang sedang ditayangkan kini, Jeon Do-yeon nampaknya akan membuat transformasi watak sebagai seorang ibu tunggal dan juga pembunuh.

Menerusi video trailer yang dikongsi, Jeon Do-yeon yang membawa watak Bok-soon, akan menggunakan senjata yang berbeza seperti kapak, pedang, cawan kaca dan tali untuk mengalahkan pihak lawan, meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat aksi hebat yang akan ditunjukkan dalam filem itu.

Selain Jeon Do-yeon, pelakon lain yang akan turut muncul dalam filem ini adalah Esom, Sol Kyung-gu, Koo Kyo-hwan dan Kim Si-a.

Nantikan “Kill Bok Soon” akan mula ditayangkan pada 31 Mac ini di Netflix. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...