Ikuti Kami:

“50 Tahun Berlagak Seperti 30-an?” – Jeon Doyeon Dikritik Terajui ‘Crash Course In Romance’

“50 Tahun Berlagak Seperti 30-an?” – Jeon Doyeon Dikritik Terajui ‘Crash Course In Romance’

“Dalam setadan kelapa, tak semuanya baik”, pepatah itu mungkin sesuai digunakan buat sesetengah penonton drama Korea yang sering menurut perasaan apabila menonton.

Dalam “Crash Course In Romance” sedang mengecapi populariti kini, nama Jeon Do-yeon secara tiba-tiba menjadi sebutan orang ramai tapi bukan kerana sebab yang baik.

Membawa watak Nam Haeng-seon iaitu seorang wanita berusia 30-an yang bekerja kerasa demi keluarga kecilnya, ada yang tak berpuas hati kerana pelakon itu dipilih sebagai heroin meskipun umurnya sudah mencecah 50-an.

tvn crash course in romance

Ulas beberapa individu dalam sebuah entri di lama komuniti,

Gaya Jeon Do-yeon dalam drama itu cantik ke?

 

Boleh ke Jeon Do-yeon digambarkan sebagai cantik?

 

Keserasian antara Jung Kyungho & Jeon Do-yeon tak hebat pun.

 

Umur Jeon Do-yeon tak padan dengan watak itu.

 

Dia dah 50-an tapi berlakon sebagai wanita berusia 30-an.

Bukan itu sahaja, ada antara mereka yang turut mengkritik fesyen digayakan wanita tersebut dalam drama berkenaan selain memberikan kata-kata kurang enak mengenai badan dan wajahnya.

Cari isu yang bukan isu pun sebenarnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...