Ikuti Kami:

Ada Persamaan, ‘Crash Course In Romance’ & ‘Agency’ Didakwa Tiru Satu Sama Lain?

Ada Persamaan, ‘Crash Course In Romance’ & ‘Agency’ Didakwa Tiru Satu Sama Lain?

Rasanya ramai bersetuju bahawa drama paling popular sekarang ini ialah “Crash Course In Romance” dan “Agency”?

Walaupun ditayangkan di saluran berbeza dan pada slot yang sama, kedua-dua drama ini berjaya bersaing secara sihat apabila rating tertinggi yang dicatat seakan sama iaitu 11%.

Bukan dari segi sambutan, namun rupanya kedua-dua drama yang ditayangakn di saluran kabel ini didakwa meniru perkembangan latar belakang satu sama lain. Eh?

Ibu Kim Mi-kyung

Kalau korang perasan, kedua-dua drama ini memaparkan watak ibu yang sama buat teraju utama iaitu Kim Mi-kyung.  Walau bagaimanapun, kedua watak yang dibawa berbeza di mana Seorang ibu yang ceria yang baik hati dalam “Crash Course in Romance” namun seorang ibu yang tersakiti dan terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam “Agency”.

kim mikyung

Respon pihak agensi mengenai kebetulan ini,

Drama kami sudah menjalani pra-produksi dan kami tak sangka pelakon Kim Mi-kyung akan muncul dalam ‘Crash Course In Romance’ dengan watak yang seakan sama.

Penggunaan produk Zolpidem

Selain itu, kedua-dua teraju utama drama ini sangat bergantung dengan ubat yang berkaitan dengan masalah mental. Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) dan Go Ah-in (Lee Bo-young mempunyai masalah untuk tidur dan senang berasa panik dek pangkat dan trauma lama dialami mereka.

tvn crash course in romance

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...