Ikuti Kami:

Jung Kyungho Dipuji Belajar Matematik Berbulan-Bulan Bagi Dalami Watak Dalam ‘Crash Course In Romance’

Jung Kyungho Dipuji Belajar Matematik Berbulan-Bulan Bagi Dalami Watak Dalam ‘Crash Course In Romance’

Pelakon Korea bukan sahaja diminati kerana rupa yang menawan namun kerana kegigihan mereka mendalami watak bagi memberikan yang terbaik dalam setiap projek lakonan.

Ini terbukti apabila Jung Kyung-ho didedahkan memberikan 100% tenaga dan kesungguhan bagi menjayakan watak Choi Chi-yeol, seorang pengajar Matematik dalam drama trending “Crash Course In Romance”.

Dari rakaman sebalik tabir yang diriliskan tvN, lelaki itu dilihat telah membeli papan hitam di rumahnya bagi membiasakan diri menulis padanya sebelum drama itu memulakan penggambaran lagi. Malah dia turut menonton pelbagai video mengajar yang popular di YouTube untuk memastikan gaya seorang pengajar dapat dipaparkan dengan baik dan realistik.

jung kyungho instagram

Bukan itu sahaja, kekasih Choi Soo-young tersebut turut menggunakan khidmat pengajar sebenar bagi membantunya menjiwai profesion itu selain menghafal dan melakukan latihan intensif mengenai pelbagai formula subjek berkenaan.

Lagi mengagumkan, Jung Kyung-ho ada mengajar di kelas sebenar dan berbicara di hadapan umum supaya watak Choi Chi-yeol dapat dijelmakan sebaik mungkin.

Hebat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...