Ikuti Kami:

Jung Kyungho Kekasih Setia! Penonton Perasan Sooyoung SNSD Dalam ‘Crash Course In Romance’

Jung Kyungho Kekasih Setia! Penonton Perasan Sooyoung SNSD Dalam ‘Crash Course In Romance’

Benarlah orang kata, kalau dilamun cinta pastinya setiap masa mahu bersama dengan yang tersayang sahaja.

Begitu juga dengan Jung Kyung-ho dan Choi Soo-young yang sudah 11 tahun bercinta kini. Bukan sahaja meluahkan cinta ketika ditemubual, malah pasangan itu membawanya hingga ke dalam drama kini.

Dalam episod terbaru “Crash Course In Romance”, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) membuka platform Skymom.net bagi mencari berita mengenainya. Dalam salah satu entri di laman itu, terdapat individu yang menyamakan wajahnya dengan seekor anjing kecil. Kata pengajar itu,

Comel, saya setuju.

hoyoung jung kyungho

Selepas siaran itu, peminat memuat naik babak berkenaan dan mendedahkan bahawa gambar anjing yang digunakan itu sebenarnya ialah haiwan peliharaan sendiri Jung Kyung-ho dan Choi Soo-young.

Lagi istimewa, nama anjing itu ialah Ho-young iaitu gabungan nama antara kedua pasangan itu.

Kalau ada yang perasan, mereka berdua sering memuat naik gambar haiwan peliharaan itu di mana keduanya kerap meluangkan masa bersama di rumah masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sooyoung Choi (@sooyoungchoi)

Semoga berkekalan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...