Ikuti Kami:

Selepas ‘Business Proposal’, Kim Sejeong & Ahn Hyoseop Bersatu Kembali Untuk Projek Baru

Selepas ‘Business Proposal’, Kim Sejeong & Ahn Hyoseop Bersatu Kembali Untuk Projek Baru

Selepas “Business Proposal”, Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop nampaknya akan bergandingan sekali lagi untuk projek baru!

Terbaru, Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop telah diumumkan sebagai duta antarabangsa untuk jenama Realfood. Kedua mereka akan turut bekerjasama dengan seorang pelakon Indonesia Chicco Jerikho, untuk iklan di YouTube “Office Romance Recipe”.

Apa yang lebih menarik, dalam “Business Proposal”, watak Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop turut bekerja di sebuah syarikat makanan dan kini, mereka menjadi duta untuk sebuah syarikat makanan yang mengutamakan kesihatan melalui produk dan program berkhasiat untuk Indonesia.

Jangan lupa nantikan projek mini khas “Office Romance Recipe” lakonan Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong dan Chicco Jerikho, akan dikeluarkan pada 3 November ini, dengan 4 episod secara keseluruhan.

Kang Tae-moo dan Shin Ha-ri bersatu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...