Utama Drama Korea Kim Sejeong Sedang Teliti Tawaran Untuk Muncul Dalam Musim Ke-2 ‘The Uncanny...

Kim Sejeong Sedang Teliti Tawaran Untuk Muncul Dalam Musim Ke-2 ‘The Uncanny Counter’

kim sejeong the uncanny counter

Selepas “Today’s Webtoon”, Kim Se-jeong nampaknya sedang dalam proses memilih projek lakonannya yang seterusnya.

Pada 22 September, Kim Se-jeong dilaporkan menerima tawaran untuk sertai musim kedua “The Uncanny Counter”. Berikutan itu, agensinya memberi respon,

Kami sedang meneliti tawaran Kim Se-jeong dalam ‘The Uncanny Counter 2’ secara positif.

Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

kim sejeong

Dalam musim pertama, Kim Se-jeong telah berjaya menarik perhatian penonton dengan wataknya sebagai Do Ha-na, salah seorang pekerja di restoran mi yang bekerja untuk mengalahkan roh jahat.

Semoga Kim Se-jeong terima!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...