Ikuti Kami:

“Saya Berasa Kecewa” – ‘Today’s Webtoon’ Tamat Dengan Rating 1%, Kim Sejeong Luah Perasaan

“Saya Berasa Kecewa” – ‘Today’s Webtoon’ Tamat Dengan Rating 1%, Kim Sejeong Luah Perasaan

Selepas beberapa minggu bersiaran, akhirnya “Today’s Webtoon” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sejurus selepas drama itu menayangkan episod terakhir, teraju utamanya iaitu Kim Se-jeong telah meninggalkan mesej panjang buat penonton,

Drama berharga ‘Today’s Webtoon’ banyak membantu saya untuk bertemu ramai orang baik di bawah tema impian. Memang, terdapat banyak masalah dan perkara tidak diingini berlakon namun saya tak berasa menyesal langsung.

Tambahnya,

Saya banyak belajar dengan selamat dek kerana orang baik bersama saya jadi saya boleh melawan kesakitan dan perkara berbahaya dalam proses untuk mempelajari benda penting dalam kehidupan saya.

sbs today's webtoon

Katanya lagi,

Saya tak boleh menjangkakan dan yakin terdapat cerita yang akan diulas nanti. Mungkin ada ketika saya berasa geram dan kecewa semasa hilang arah, tapi saya tak akan berhenti di situ dalam masa yang lama. Impian yang saya ada pada ketika itu mungkin runtuh tapi masa terus berjalan dan selagi saya hidup, saya tak akan berhenti bermimpi.

Akhirinya, dia berharap agar “Today’s Webtoon” menjadi tempat terbaik buat semua orang yang sedang bermimpi.

Untuk pengetahuan, drama ini menamatkan siaran dengan catatan rating sebanyak 1.6% sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...