Ikuti Kami:

Rating ‘Today’s Webtoon’ Jatuh Ke 1%, Di Mana Silapnya?

Rating ‘Today’s Webtoon’ Jatuh Ke 1%, Di Mana Silapnya?

Nama semakin menaik sejak “The Uncanny Counter” dan “A Business Proposal”, nampaknya Kim Se-jeong tidak dapat melanjutkan tuahnya dengan “Today’s Webtoon”.

Sudah memasuki 10 episod, drama SBS ini memaparkan penurunan rating pada saban episod. Dari 4% ketika tayangan perdana, ianya mencatatkan rekod terburuk iaitu 1.5% dalam episod terbarunya. Malah ini merupakan pertama kali “Today’s Webtoon” jatuh ke dalam lingkungan 1%.

Dalam episod kelmarin, Seok Ji-hyung (Choi Daniel) menerima tawaran untuk menjadi editor webtoon bagi syarikat lain namun menolaknya kerana mahu terus berada bersama NEON. Bukan itu sahaja, Jang Man-cheol (Park Ho-san) mula terjerat dalam konflik apabila dia dituduh sebagai ‘pembunuh’ kepada kakak Gu Jun-yeong (Nam Yoon-su) sekaligus menimbulkan ketegangan di antara kedua watak itu.

sbs today's webtoon

Untuk pengetahuan, “Today’s Webtoon” mengisahkan seorang bekas atlet judo yang menyertai jabatan editorial webtoon sebagai pekerja baharu dan bergelut untuk menjadi seorang editor webtoon yang sebenar. Drama ini juga akan menggambarkan sifat kompetitif bidang ini di Korea Selatan.

Kenapa agaknya ratingnya kian menurun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...