Ikuti Kami:

Selepas Bitto, Kogyeol Kumpulan UP10TION Pula Disahkan Positif COVID-19

Selepas Bitto, Kogyeol Kumpulan UP10TION Pula Disahkan Positif COVID-19

Selepas Bitto disahkan positif COVID-19, salah seorang ahli UP10TION lain iaitu Kogyeol turut disahkan dijangkiti virus tersebut.

Menurut TOP MEDIA, selepas Bitto disahkan positif, kesemua ahli, staf dan artis lain telah pun menjalani pemeriksaan COVID-19. Walaupun ahli yang lain negatif dan juga pengurus kumpulan itu, namun malangnya Kogyeol disahkan positif.

kogyeol up10tion positif covid-19

Walaubagaimanapun, ahli UP10TION dan pengurus mereka akan tetap menjalani kuarantin selama 14 hari bagi langkah keselamatan. Kogyeol pula akan mengikut segala arahan daripada jabatan pencegahan dan kawalan bagi selepas menerima keputusannya itu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...