Ikuti Kami:

Bitto UP10TION Positif COVID-19, Artis Hadiri Program Muzik Sama Seperti CNBLUE & NCT Jalani Pemeriksaan

Bitto UP10TION Positif COVID-19, Artis Hadiri Program Muzik Sama Seperti CNBLUE & NCT Jalani Pemeriksaan

Sedih apabila mendengar seorang anggota kumpulan UP10TION iaitu Bitto disahkan positif COVID-19.

Hal tersebut dikhabarkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu TOP MEDIA di mana Bitto menerima maklumat bahawa dia merupakan kontak rapat kepada salah seorang pesakit COVID-19 selepas menyelesaikan segala aktiviti seninya pada 29 November. Disebabkan itu, lelaki itu bergegas mendapatkan rawatan dan kemudiannya disahkan turut positif virus tersebut pada 30 November.

bito up10tion positif covid-19

Jelas agensinya lagi, kesemua staf dan juga artis lain di agensi mereka kini sedang menjalani pemeriksaan COVID-19 bagi langkah keselamatan. Malah mereka juga akan menjalani tempoh kuarantin yang disarankan oleh pihak kesihatan.

Malah agensinya turut memohon maaf kepada kakitangan proram muzik “Music Core” dan “Inkigayo” baru-baru ini dek Bitto yang menghadiri rakamannya tanpa mengetahui bahawa dia adalah pembawa virus COVID-19.

Selepas pendedahan ini, pihak kedua program muzik tersebut itu menjelaskan bahawa mereka sudah pun memperolehi CCTV pada hari rakaman bagi mengesahkan siapa yang menjadi kontak rapat lelaki itu.

inkigayo

Menurut laporan lain, para pengacara seperti Jae-hyun (NCT), Na-eun (APRIL) dan Min-hyuk (MONSTA X) serta artis lain yang menghadiri program itu iaitu CNBLUE, NCT, WOODZ, STAYC, BTOB 4U dan lain-lain akan turut menjalani pemeriksaan COVID-19 pada hari ini juga.

Semoga Bitto cepat sembuh dan artis lain baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...