Pasti ramai yang teringat mengenai kes Daud Kim, seorang mualaf Korea popular yang dikatakan melakukan kesalahan gangguan seksual selain turut mengakui bahawa pernah berkahwin dan mempunyai anak baru-baru ini?
Memuat naik video permohonan maaf pada awal bulan September lepas, lelaki itu kemudiannya terus memuat naik pelbagai video lain sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, yang menariknya dalam video terbaru ini, Daud Kim telah memuat naik video di mana dia menunjukkan muka isteri dan anaknya yang sebelum ini dilindungi daripada pengetahuan ramai.
Dalam video itu, lelaki tersebut telah mengajak wanita itu yang bernama Mia untuk berjumpa di sebuah kafe yang juga merupakan tempat mereka sering bertemu janji ketika masih pelajar dahulu.
Mengimbau kenangan dan berjanji ingin melakukan yang terbaik, Daud Kim kemudiannya telah melamar semula Mia untuk menjadi isterinya. Wanita itu yang tidak menyangka kejutan tersebut terus menangis dan bersetuju dengan lamarannya itu.
Bahkan Daud Kim dan Mia turut menayangkan anak lelaki mereka yang bernama Sun-woo. Kata lelaki itu, walaupun mereka memilih untuk menjaga privasi sebelum ini tapi kini, keduanya merasakan bahawa lebih baik mereka tidak menyembunyikan apa-apa lagi.
Semoga Daud Kim dan keluarga bahagia!
Tonton video penuh di sini:
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.