Ikuti Kami:

Selepas 7 Tahun, Program ‘Crime Scene’ Buat Kemunculan Semula Bersama Ahli Lama & Baru

Selepas 7 Tahun, Program ‘Crime Scene’ Buat Kemunculan Semula Bersama Ahli Lama & Baru

Dulu rancangan ini bersiaran di JTBC sehingga musim ke-3.

Untuk pengetahuan, “Crime Scene” ialah sebuah program di mana ahli berlakon menjadi suspek dan detektif, pada masa yang sama dalam satu kes pembunuhan. Bermula dengan musim pertama pada 2014, ia merupakan rancangan hiburan misteri lakonan pertama di Korea. Ia berjaya menarik perhatian daripada musim 2 pada 2015 dan musim 3 pada 2017, dan telah mendapat penonton tetap.

“Crime Scene” membuatkan peminat teruja dengan mengesahkan kemunculan semula dengan tajuk “Crime Scene Returns” pada Februari ini.

crime scene returns

Tambahan lagi, ahli berpengalaman seperti Jang Jin, Park Ji-yoon, dan Jang Dong-min, tetap dikekalkan dalam “Crime Scene Returns”, selain pemain baharu, Key SHINee, Joo Hyun-young, dan Ahn Yu-jin akan turut menyertai rancangan ini.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...