Ikuti Kami:

“Drama Paling Dinanti!” – Diterajui Choi Wooshik & Son Sukku, ‘A Killer Paradox’ Umum Tarikh Tayangan

“Drama Paling Dinanti!” – Diterajui Choi Wooshik & Son Sukku, ‘A Killer Paradox’ Umum Tarikh Tayangan

Drama yang menampilkan Choi Woo-shik dan Son Suk-ku akan ditayangkan tak lama lagi!

Pada 11 Januari, Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan bagi drama “A Killer Paradox”.

Diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, “A Killer Paradox” mengisahkan tentang seorang lelaki biasa yang secara tidak sengaja telah membunuh seseorang serta seorang detektif yang mengejarnya.

Choi Woo-shik akan memegang watak Lee Tang, seorang pelajar kolej yang hanya membunuh penjenayah yang melakukan jenayah serius.

Manakala Son Suk-ku akan melakonkan watak sebagai seorang detektif bernama Jang Nan-gam, yang bertanggungjawab menyiasat kes Lee Tang.

A killer paradox cover

Dalam masa yang sama, video teaser drama ini yang dikeluarkan telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji lakonan kedua-dua pelakon ini.

Antara komen penonton ialah,

Menariknya drama ni!

 

Cepat-cepat la tayang!

 

Kombinasi yang luar biasa.

 

Saya dah lama nantikan drama ini.

 

Tonton teaser pun dah menarik!

 

Tak sabar nak tonton!

Drama yang mempunyai 8 episod ini akan mula ditayangkan di Netflix bermula 9 Februari.

Memang gempak sangat teaser drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...