Ikuti Kami:

Misi Menyelamatkan Idola, Byun Wooseok & Kim Hyeyoon Kembali Dengan ‘Lovely Runner’

Misi Menyelamatkan Idola, Byun Wooseok & Kim Hyeyoon Kembali Dengan ‘Lovely Runner’

Dunia K-Drama sering membawakan sesuatu yang unik dan drama “Lovely Runner” tidak terkecuali.

Diadaptasikan daripada webtoon “The Best Of Tomorrow”, drama ini bertemakan perjalanan masa dan hubungan di antara peminat dengan penyanyi idola.

“Lovely Runner” mengisahkan tentang seorang gadis bernama Im Sol yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Ryu Sun-jae, seorang penyanyi idola yang ingin mengambil nyawanya sendiri.

Kim Hye-yoon akan memegang watak sebagai Im Sol, seorang gadis yang meminati seorang idola K-Pop yang terkenal dengan bakat serta penampilannya.

Manakala Byun Woo-seok akan membawa watak sebagai Ryu Sun-jae, seorang idola K-pop yang digemari ramai namun di sebalik kejayaannya, muncul rasa tidak bahagia yang membuatkannya putus asa.

lovely runner

“Lovely Runner” juga merupakan kisah yang akan meneroka kesan kemasyuran pada kesihatan mental, kuasa hubungan manusia dan keberanian untuk menghadapi masa lalu demi untuk mengubah masa depan seseorang.

Dalam masa yang sama, drama yang ditulis oleh penulis skrip “True Beauty” ini juga akan turut disertai oleh beberapa orang idola K-pop sebenar iaitu Lee Seung-hyub N.FLYING dan Hyuk OMEGA X.

Drama ini akan ditayangkan pada 2024 dan tarikh tayangan akan diberitahu kelak.

Macam seronok je jalan cerita drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...