Ikuti Kami:

Perjalanan Mencari Jodoh, Jo Soomin & Ji Yisoo Bakal Sertai Lee Yikyung Dalam ‘Marry You’

Perjalanan Mencari Jodoh, Jo Soomin & Ji Yisoo Bakal Sertai Lee Yikyung Dalam ‘Marry You’

Pelakon Jo Soo-min dan Ji Yi-soo akan berkerjasama dengan Lee Yi-kyung dan Koo Jun-hoe di dalam sebuah drama baru.

Pada 10 Januari, iMBC Entertainment telah mendedahkan bahawa pelakon Jo Soo-min dan Ji Yi-soo akan muncul di dalam drama baru mereka, “Marry You”.

“Marry You” mengisahkan tentang Jeong Ha-na, seorang penjawat awam yang belum berkahwin dan dimasukkan ke dalam ‘Pasukan penggalakan moral perkahwinan’.

Di mana, di dalam kumpulan tersebut dia telah berjumpa dengan seorang bujang yang bernama Bong Cheol-hee.

Jo Soo-min akan memegang watak sebagai Jeong Ha-na dan watak Bong Cheol-hee pula akan dilakonkan oleh Lee Yi-kyung.

lee yikyung

Manakala Ji Yi-soo pula akan menjadi Oh In-ah, seorang gadis yang menjadi idaman ramai.

Selain Jo Soo-min, Lee Yi-kyung dan Ji Yi-soo, salah seorang ahli kumpulan iKON iaitu Koo Jun-hoe turut dilaporkan bakal membintangi drama ini.

Segala maklumat lanjut mengenai drama ini akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Macam menarik je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...