Selepas 5 tahun berlalu, Jun-hyung akhirnya telah membuka suara mengenai isu “Burning Sun”.
Pada 12 Jun, Jun-hyung yang juga merupakan bekas ahli BEAST telah memuat naik permohonan maaf terhadap penglibatannya dalam skandal “Burning Sun”.
Katanya dalam hantaran tersebut,
Ketika itu saya bodoh dan salah. Disebabkan kritikan ramai, saya tak dapat betulkan keadaan yang salah dan saya juga takut yang saya akan rosakkan nama syarikat serta ahli BEAST yang lain. Jadi, saya buat keputusan untuk pergi meninggalkan kumpulan.
Sambungnya,
Video tersebut telah dihantar pada saya dan disebabkan latar belakangnya yang gelap, saya tekan dan buka video tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya. Tapi, selepas saya lihat saya terus tutup video tersebut dan cakap yang perkara ini ialah salah.
Seperti yang saya cakap sebelum ini, saya tiada dalam ruang sembang tersebut sebab itu saya tidak mahu bersuara selama ini. Tapi, media sering melibatkan nama saya dan orang ramai anggap saya sebahagian dari ahli kumpulan tersebut.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi,
Saya dah banyak kali bersabar walaupun saya dan orang yang saya sayangi sering disakiti. Saya minta maaf pada semua dan terima kasih kerana sudi membaca penjelasan saya.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.