Ikuti Kami:

Tak Hiraukan Skandal ‘Burning Sun’, Hyuna Dikecam Dek Tayang Gambar Bercuti Dengan Teman Lelaki

Tak Hiraukan Skandal ‘Burning Sun’, Hyuna Dikecam Dek Tayang Gambar Bercuti Dengan Teman Lelaki

Hyun-a telah berkongsi gambar bersama teman lelakinya di Instagram sejurus selepas dokumentari BBC mengenai skandal “Burning Sun” dikeluarkan.

Hantaran yang menunjukkan percutiannya di Jepun itu mula mendapat kritikan ramai selepas mereka menyedari bahawa penyanyi solo tersebut dengan sengaja telah memuat naik gambar yang menunjukkan bayang-bayang teman lelakinya.

Terlebih dahulu, Jun-hyung yang juga merupakan bekas ahli BEAST merupakan salah seorang penyanyi idola K-Pop yang terlibat dalam skandal “Burning Sun”.

Disebabkan itu, hubungan percintaan mereka yang diumumkan pada Januari 2024 yang lalu itu sering mendapat kritikan serta kecaman dari netizen yang tidak selesa dengan hubungan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

Tambahan pula, Jun-hyung juga merupakan bekas teman lelaki kepada sahabat baik Hyun-a iaitu mendiang Goo Ha-ra.

Komen netizen,

  • Kecewanya..
  • Cuba buka sikit mata tu.
  • Jangan lupa tonton dokumentari tu dengan teman lelaki awak.
  • Dia lebih memilih untuk abaikan isu yang sedang terjadi..
  • Dia tak tahu ke yang skandal teman lelaki dia dah naik balik?

Hmm.. Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...