Ikuti Kami:

Selepas 4 Tahun, S.E.S Kembali Muncul Bersama Untuk Dokumentari Khas

Selepas 4 Tahun, S.E.S Kembali Muncul Bersama Untuk Dokumentari Khas

Umum pasti mengenali kumpulan penyanyi wanita yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. Kumpulan S.E.S yang terdiri daripada salah seorang pelakon drama siri television terkenal, Penthouse iaitu Eugene bersama dua lagi ahli, Bada dan Shoo kini kembali menghangatkan semula industri muzik K-pop.

Kemunculan semula kumpulan S.E.S ini pastinya amat dinantikan oleh para peminat mereka sejak kes perjudian salah seorang ahli, Shoo pada 2018. S.E.S akan membuat penampilan semula dalam rancangan dokumentari-program hiburan, TV Chosun, Star Documentary “My Way”. Star Documentary “My Way” akan menjadi satu platform buat Shoo untuk mengambil semula perhatian umum selepas mengakui tuduhan perjudian lazimnya pada 2018.

SES Antara tarikh Ogos 2016 dan Mei 2018 yang lalu, Shoo telah didakwa atas kes perjudian melebihi ₩790 juta KRW (kira-kira RM 2.7 juta) di luar negara. Disebabkan ini, dia dijatuhi hukuman dua tahun percubaan dan 80 jam perkhidmatan masyarakat. Berdasarkan akaun Instagram rasmi Shoo, (@shoodesu), dia menyatakan permohonan maaf secara terbuka pada 19 Januari setelah hidup dalam penyesalan sejak 4 tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/CY5fCEnL5Mx/

Pada ketika itu, ia merupakan situasi yang terdesak dimana mendorong saya untuk membuat pinjaman peribadi dan pilihan yang ekstrem kerana saya merasakan itu merupakan jalan penyelesaian masalah saya selama 4 tahun yang lalu.

Namun buat ketika ini, saya sedang mencuba yang terbaik untuk melangsaikan semua hutang saya kepada pemiutang supaya mereka tidak mengalami sebarang kesulitan terutama sekali apabila segala hutang saya telah menyebabkan kesulitan yang besar.

Dalam rancangan Star Documentary My Way itu nanti, Eugene dan Bada juga akan turut memberikan pandangan mereka teradap situasi yang dihadapi Shoo.                  Diharapkan dengan comeback S.E.S pada kali ini akan dapat memberikan ahli kumpulan ini ruang untuk terus menyinari dunia industri muzik K-Pop.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...