Ikuti Kami:

Eugene Dedah Terkejut Apabila Ketahui Dia Jadi ‘Pembunuh’ Dalam ‘The Penthouse’

Eugene Dedah Terkejut Apabila Ketahui Dia Jadi ‘Pembunuh’ Dalam ‘The Penthouse’
[Amaran SPOILER]

Nampaknya bukan penonton sahaja terkejut dengan pendedahan bahawa Oh Yoon-hee ialah pembunuh sebenar yang menolak Min Seol-ah jatuh Hera Palace, malah Euegen sendiri yang melakonkan watak itu turut terkejut membaca pengkhianatan tersebut semasa menerima skripnya.

Sejujurnya, watak saya melalui perubahan paling ekstrem kerana kesusahan yang dilaluinya dalam hidup. Tapi, saya langsung tak tahu bahawa saya akan menjadi pembunuh apabila bersetuju menyertai drama ini. Apabila membaca skrip kemudiannya, saya terkejut kerana saya adalah dalangnya.

eugene the penthouse

Apabila ditanya sama ada penulis skrip mengubah jalan cerita pada pertengahan jalan, Eugene terus menafikannya. Katanya, drama tersebut sudah dirakamkan sebelum ditayangkan malah dia memahami kenapa penonton berasa marah dengan pengkhianatan itu.

Nak tahu apa lagi ‘kepeningan’ yang akan dilalui korang nanti, jangan lupa saksikan musim kedua “The Penthouse” pada 19 Februari akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...