Ikuti Kami:

Selepas 3 Bulan Diam, Crazy Horse Paris Dedah Lisa Sendiri Tawar Diri Menari Seksi Di Kelab Malam

Selepas 3 Bulan Diam, Crazy Horse Paris Dedah Lisa Sendiri Tawar Diri Menari Seksi Di Kelab Malam

Tiga bulan selepas persembahan kontroversi Lisa BLACKPINK, Crazy Horse Paris mengemaskini maklumat mengenai idola itu di laman web rasmi mereka.

Artikel kabaret itu berkongsi gambar Lisa semasa persembahannya pada akhir September 2023, selain turut menceritakan pengalamannya di pentas bersama-sama kehadiran tetamu-tetamu terkenal seperti ahli BLACKPINK lain.

Secara khusus, Crazy Horse menekankan bahawa,

Lisa sendiri mengetuk pintu kabaret ini untuk merealisasikan impiannya beliau bagi menyertai barisan penari-penari terkenal. Di atas pentas, beliau berubah menjadi Crazy Girl.

Setiap persembahan adalah bukti kecemerlangannya di atas pentas dan keupayaannya untuk memukau penonton. Keintiman pengalaman ini dan jarak dekat Lisa dengan penonton menambahkan kepada karakter istimewanya, menawarkan pengalaman sekali seumur hidup.

lisa

Crazy Horse meneruskan, ‘Banyak dari rakan-rakan Lisa datang untuk menyokongnya termasuk Rosalia, Tyga, dan, tentu saja, Rosé, Jisoo, dan Jennie dari BLACKPINK. Lisa juga menarik selebriti seperti Cindy Mello, Bryan Yambao, Christian Louboutin, Austin Butler, Kaia, dan lain-lain.

Selain itu, peminatnya berada di luar kabaret dengan penuh kuasa untuk menunjukkan sokongan kepada Lisa.

Lisa membawa sentuhan magis ke Crazy Horse, menunjukkan bukan sahaja bakat artistiknya tetapi juga keupayaannya untuk menyesuaikan diri dan menyatakan dirinya dalam pelbagai dunia seni. Lima persembahannya mencatatkan permulaan lembaran baru bagi Lisa dan untuk Crazy Horse Paris.

Kalau Lisa yang nak, siapa kita nak halang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...